Thursday 26 September 2013

Rintih hati mencari ILAHI




Merintih hati mencari ilahi..


     Manusia..manusia…kembara ke dunia bukan untuk suka-suka..bukan untuk bersahaja.. atau bukan untuk perkara yang sia-sia. Sebaliknya, kembara manusia ke dunia adalah untuk memegang dan menyempurnakan amanah pada DIA ya maha kuasa...

Hati ini sering tertanya-tanya.. dalam perjalanan manusia mengembara ini, pernahkah kita merintih pada DIA?mungkin sekadar meratap cuma…pernahkah kita menangis kerana DIA?terasa jarang untuk mengadu padaNYA… pernahkah kita menagih kasih NYA?kebanyakannya, kita sering menangih kasih manusia..pernahkah kita merayu ikhlas dari hati demi DIA?mungkin sekadar merayu bila kita rasa perlu… 
Kita leka dan lupa...kita lalai dan alpa..
Mohonlah keampunan kepada Allah Yang Maha Agung..



Apabila terasa diri mengembara sendirian, berjuang tanpa teman seangkatan, hampir setiap hari meratap menangis kesedihan. Hampir setiap masa berfikir dalam resah dan penuh kekeliruan. Adakah ini memang jalannya?Adakah ini takdirnya?Adakah ini yang terbaik dariNya?rungsing dan pening..

Dalam keresahan ini, sebagai manusia rendahkanlah diri dan luruskanlah niat dihati.  Berusahalah mencari jawapan dan tenangkan diri... bersujudlah pada ILAHI...
Sesungguhnya, ALLAH itu amat hampir, saat manusia mula menjauh dan meminggir, ALLAH titipkan ujian supaya manusia mula berfikir dan terus berzikir..


Tiada apa yang kekal didunia, semuanya hanya sementara. yang kekal hanya ALLAH yang maha esa. Mulalah bertekad.. letakkan ALLAH dalam jiwa, utamakan ALLAH dalam setiap perkara, menyebut ALLAH dalam setiap doa dan bicara serta mengingati ALLAH dalam perlakuan dan pandangan..
Dan bila tiba saatnya, dirimu akan terasa bertuan dan sangat bertuah, terasa punya kekuatan dan akan mula gagah…punya tempat untuk menongkah dan melangkah..Apa yang penting adalah kuatkan hati, tabahkan diri, rela dan hadapi dugaan yang menghampiri..kerana ingatlah bahawa, 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan dan kemampuannya”.  Surah Al-Baqarah ayat 286.


Positifkan fikiran, Optimiskan pandangan. Mungkin inilah jalan yang terbaik, inilah yang dikatakan takdir perjalanan dan perjuangan. Sememangnya manusia memang tidak akan dapat mentafsir takdir ALLAH dibawah tadbirnya manusia.
Bila kita berbaik sangka dengan ALLAH, maka kita akan mendapat yang terbaik kerana ALLAH akan mengikut sangkaan hamba-hambanya..
InshaALLAH..jiwa akan tenang, fikiran  mulai lapang, pandangan dan harapan kembali terang... 
Dalam kehidupan ini, kerap kali kita fikir apa yang terjadi adalah satu pengakhiran.
Namun, tanpa kita sedar rupa-rupanya ia adalah satu permulaan :) insha allah.. teruskan perjuangan, dengan berkat doa keluaga dan teman-teman, berbekalkan jiwa dan semangat yang kental..jika semuanya kerana ALLAH, maka tempuhinya sebagai jalan mujahadah..

ya Mannan,
lapangkanlah islamku,
selapang langit biru,
dan lembutkanlah ihsanku,
selembut rumput di denai itu,
nescaya bertamulah diri yang hakiki,
dikamar hati yang kenal ILAHI.